Monday, August 11, 2014

RIO - Layu Dihujung Mekar Latest 2014

Monday, August 04, 2014

Makan Raya... Raya Makan...

Oiitt! Lom habis pasal raya semalam baru hentry permulaan.... tak! tak! ini kali nak citer akibat dan musibatnya bila makan dengan napsu. Time raya Bonda memang wajib masak rendang ayam, rendang daging dan kuah lodeh. Yang ni kalau tak buat rasa tak lengkap raya..ngade takde sebekut raya pon no hal Haku bukan makan sangat... sebekut raya Haku kerepek, biskut tat, popia simpul yang lain tak minat. Menu yang lain macam kuah kacang, nasi lontong dan ketupat palas beli jer tiap-tiap tahun. 

Giler nak buat! nak menganyam ketupat palas pon Haku tak reti... silap-silap anyam jadi tikar palas terus tapi makan ko retikan. Kuah kacang tu nak masaknyer lama sapo pulak nak mengacau berejam heh!. Satu lagi nasi lontong tu mana pulak Haku nak cari daun pisang muda nk buat kelongsong nasi tu. Jawabnya beli la... my sista jumpa ketiga-tiga menu yang dibeli dengan rasayang sedap. Ketupat palas RM1 seketul, nasi lontong RM1.50 sebatang dan kuah kacang RM10 sekilo. Jimat dan mudah tapi kesian la tradisi membuat tiga makanan tu bakal pupus sebab takde kesinambungan membuatnya.


Haku memang feveret makan pulut... sebab tu ketupat palas ni Haku sebat sampai berketul-ketul 1st day raya haritu penyudahnya petang dah macam ayam berak kapur. Perut Haku masuk angin, kepala berdenggung-denggung sakit. Angin dah naik kepala gamaknya.
Kena la Mr Apak picit kepala dan urut belakang.. dah kena picit tu lega la sikit... yang tak menahannyer dah kena picit tu bantainya kentut berdas-das...tak dilepaskan karang pening balik sudahnya Haku lepak dalam bilik barang sejam dua supaya aksi Haku main mercun tu orang tak dengar jadahnyer ko citer pasal kentut pulak!!! mungkin faktor usia la Haku rasa... selama 35 tahun Haku sebat pulut ni takde masalah alih-alih angka naik ke 36 terus berangin satu badan...Tapi! ada Haku kesah teringin nak makan Haku makan gak esoknyer.


Malamnya lepas maghrib mengagau laki bini carik nasik...tgk muka dah mcm cicak makan kapur nak bukak mata pon tak larat. Ikut hati Haku nak masak nasi goreng malam tu, tapi tak daya ler teman.. selagi Haku tak dapat benda panas masuk dalam perut selagi tu la angin dalam badan ni takkan hilang sepenuhnya. Dah satu keje merayau cari kedai makan... mana nak bukak mcd adala mana maunyer. Jalan punya jalan jumpa satu restoran mamak... dapat la Haku makan benda panas dan nescafe tarik yang sebulan tak dapat. Baru lega kalau tak atas bawah berdehak-dehak bunyinya.


Tahun ni... bukan tahun ni jer setiap tahun pon Bonda request Haku buat kek buah kukus. Dedulu Bonda la yang buat kek buah kukus ni... laa ni tanggungjawab tu dah jatuh ke Haku la.Kisahnya dua hari sebelum raya Haku tanya Bonda nak buat tak kek buah kukus? Bonda eksen ckp takyah la buat mak mana bole makan manis-manis sangat... Yer ler tu! esoknya 
"Ko buat la satu adunan kek buah Gie" haaa tu la semalam berlagak sangatkan.
Dalam tengah mengodak adunan tu datang lak my sista 
"Ko buat lebih Gie aku nak bawak balik kampung" yer ler tambah lagi satu adunan.

Kek buah kukus ni selama bertahun-tahun Haku hidup memang Haku tak cari lain selain dari resepi Bonda. Makan kek buah kukus orang lain ada jer tak kena...Haku kan very the fussy benda yang masuk dalam tembolok Haku ni. Nak sedap kena la buat sendiri. 
Kek lapis tu Haku tak buat... Haku tak pernah ada kesabaran nak buat kek lapis. Kek lapis tu my sista beli dari kawan dia, sedap gak kek lapis masam manis.


Yang atas ni feveret Haku takdan masuk balang dah dalam plastik jer Haku bedal, yg ni kudap kudapan time Haku bersidai depan monitor. Seplastik tu sekejap jer habis. Mr Apak beli dari kawan opis dia kerepek pisang tanduk. Cuma kali ni kureng sket sebab masa memula Mr Apak beli tu sedap sangat dengan garingnya dengan masinnya. Second time order dah kureng sebabnya masa memula beli pisang tu dia potong memanjang sebab tu garing sedap. Bila order kali kedua dia potong bulat-bulat pulak adeh! jadi tebal teman kurang suka tapi bedal jugak la.

Tu yang Haku tak berkenan orang meniaga ni... memula kemain gah dah ramai orang order jadi lain...nape tak dimaintain jer produk tu? bila jadi gini idok ler teman nak repet order dah. Haku part makan ni bila memula sedap second time lari rasa dia Haku terus jadi phobia. Jangan nak salahkan orang  konon busines ko tak laku lepas ni sebab orang dengi bagai... takde maknenyer... ko kaji balik produk ko masa memula produce dan seterusnya sama atau makin kurang. Bab makan ni kalau sedap takyah susah-susah buat promosi orang dari ceruk mana pon datang mencari. Tapi sekali ko buat silap habis.

Pernah tak korang mengalami situasi macam ni?

Sekian

BY MIDNIGHT BLOGGER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...