Friday, April 20, 2012

7 Tips Bagaimana Menjadi Cantik, Segar Dan Wangi Seperti Pramugari

pic from google

Haa! Uolls tgk pramugari tu cantik, segar wangi macam baru lepas mandi jer sentiasakan... Walaupon dari semalam tak mandi-mandi. Lepas tu depa bukan dudok diam jer mcm patung, Dok kulu kilir layan penumpang. Tambah-tambah kalau yang keje flight berjam-jam atas kapal terobang tu..
Nak tau apa tips depa? Boleh tgk kat bawah tapi Haku aplikasikan untuk kita yang bekerja didalam ekon lebih kurang 10 jam setiap hari.

1) Wajah Dan Badan
Mereka bekerja didalam aircond utk satu jangka masa yang lama, Sama gak dengan kita yang bekerja dalam opis ekon sentiasa. Petuanya SENTIASA gunakan pelembab wajah dan gunakan lotion badan serta kerap sembur muka dengan face mist. Untuk mengelakkan muka nampak kusam. Dan kulit menjadi kering.
Face Mist seyesly Haku suka brand Avien segar jer rasa lepas sembur.

2) Bibir dan Gigi
Bayangkan muka cantik tapi napas sepelaung bau longkang mesti uolls turn offkan. Jadi sebelum berangkat dan selepas makan haruskan menggosok gigi untuk menghindari napas berbau ni. Disamping mengelakkan kulit cili, sayur kangkung menghiasi gigi kita.
Untuk bibir elakkan retouch atau top up jerr!! No! No! No! Lap bersih bibir dan apply lipstic baru utk kelihan segar.

3) Barangan Make Up
Mesti ada Moisturizer, Concealer, Foundation, Bedak, Pensil Alis, Eye Shadow, Eyeliner, Mascara, Blush On, Lip Balm, Lip Liner dan Lipstick. Utk pramuga depa akan apply lebih but for us lite-lite cukup.

4) Rambut
Rambut depa sentiasa kemas terurus tapikan tipnya sebelum penerbangan mereka akan mencuci rambut dan menggunakan conditioner dengan tujuan rambut tidak menjadi kering.
Buat kita yang pakai tudung ni elakkan memakai tudung waktu rambut basah... Sebaiknya kita cuci rambut waktu malam.

5) Banyakkan Minum Air Suam
Pramugari sentiasa elakkan dari meminum minuman berkafien sewaktu berada didalam pesawat.
Buat kita banyakkan minum air kosong kalau boleh 2 liter sewaktu berada didalam opis.

6) Mata
Bayangkan pramugari muka cantik dari jauh bila dekat mata bertentang mata sekali mata merah macam drug addict takut tak. Begitu jugak dengan kita sungguh pon mengantuk mata kuyu takkan nak tunjuk mata gitu kat orangkan.
Caranya sentiasa titikkan mata dengan eye mo moist supaya mata sentiasa segar.

7) Perfume berkekalan sepanjang hari
Tipsnya wangian disembur selepas kita memakai pelembab baru wangi itu akan bertahan lama.
Kalau mau semakin kurang cukup sembur sekali di bahagian nadi dan jangan pulak digosok.
Dan jangan spray pada baju nanti kekuningan uolls.

Sekian tips kecantikan kali ni.

3 comments:

Cik mama said...

ok good tips.. pasni berangan nak jadi pramugari lakks.. hehhehehhe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Memang penat tengok keja pramugari, kalau I, I tak sanggup JS.

OgysiJemariSeni said...

Cik Mama... Bersamalah kita berangan hihihihi

MM... Dulu I minta nak jadi tapi family tak bagi huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...