Thursday, April 05, 2012

Pokok Putat Banyak Khasiat Rupanya

Haku baru tau wujudnya pokok putat... Selama ni taktau pon.
Citernya Hari Senin aritu Bonda soh Haku beli tanah... Haku tanya balik...
"Bape ekar mak nak?" tetiba sunyi... bunyi cengkerik kedengaran... Tau la tak klaka.
Sebagai anak mitali, Balik keje Haku singgah la pasar borong... Kat area situ ada satu nursery.
Memang niat nak ke nursery tu dari minggu lepas lagi Haku nak carik pokok herba yg berguna untuk tanam.

Dah setel beli tanah, beli baja tumbuhan sket pastu Haku tanya budak yg jaga tu...
"Dik! pokok herba takde ker? Nampak sangat tak kenal pokok.
Budak tu jawab...
"Ada kak tapi tak banyak... Akak nak pokok putat? Org Kedah suka makan ulam pokok putat ni" Semangat sekali dia bercerita.
"Yer ker? bak mai pokok tu" Haku teruja dengar nama putat tu mcm lucah jer muuhahahah.
Budak tu dtg balik bawak pokok putat dari pengamatan haku pokok ni besar... Jadi sebelum Haku melakukan aksi banggang, tanam pokok besar dlm pasu mcm bapak Sudin siram pokok dlm utan... makanyer Haku tanya budak tu dlu bole ke tak tanam pokok ni dlm pasu.
Budak tu jawab bole tapi pasu kena besar sket...
"Ok selamat bungkus 14 batang..." Haku ckp.
Terkejut budak tu "Kak! ada sebatang jer tinggal ni"
Hhehehhe saja kaco budak tu... giler nak beli sampe 14 batang mana Haku nak cacakkan pokok tu.

Bermula la siri menjaga pokok pasni, Insyaallah satu ari nanti bole la rasa camne rasa ulam pokok Putat.

Info pasal Pokok Putat
Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun. Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh.



Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.


Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.


Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.


KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.


Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.


Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.
(Sumber : http://fazlisyam.com/2009/01/04/pokok-putat/)


MAKLUMAT TAMBAHAN
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Ia di jumpai tumbuh di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.


Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu iaitu Putat Hijau dan Putat Merah. Selain dari pucuk, buahnya juga boleh dijadikan ulam.


Ada juga putat yang dipanggil Putat Laut (Barringtonia asiatic). Seperti namanya, putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai. Daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat. Bentuk buahnya juga berbeza. Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.


KEGUNAAN:
Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan). (Sumber :http://www.melur.com/ )


3 jenis ;
1.PUTAT SAWAH - Pucuknya agak kelat dimakan dengan laksa dan buahnya yang muda yang rasanya kelat dan lemak dimakan sebagai ulam.


2.PUTAT HUTAN – Pucuknya lemak dan boleh disimpan lama apabila direndam dengan cuka nipah .

3.PUTAT NASI – Pucuknya lemak dan buahnya bulat-bulat berjuntai macam buah rambai ; rasanya lemak apabila dibuat ulam (untuk awet muda) . Kulit batangnya yang dikeringkan boleh dibuat ubat resdung dengan cara membakarnya dan asapkan pada muka.


Info dari http://wannura.wordpress.com/2010/07/18/putat-barringtonia-racemosa-ulam-yang-semakin-pupus/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...