Tuesday, July 10, 2012

Gaya Tudung Cantik

Banyak betul cara pakai tudung yang cantik sekarang ni... Dedulu pon tudung berfesyen tapi tu la, stail ikat belakang nampak tengkuk. Pakai tudung bawal tak pin kat leher ala-ala selendang. Tapi overall tudung bawal memang tak penah dilupakan.
Masuk la tudung ariani ke, fareda ke, tudung ntah apa-apa lagi la. Tudung bawal tetap ada peminatnya.

Walaupon tudung bawal ni selesa Haku tak minta pulak sebab jarang dan pendek.. Eh! Tapi ada sekali tu Haku nampak budak pompuan ni pakai tudung bawal... Panjang sungguh la. Kalau dia pinkan kat bahu pon still boleh menutupi dada. Nak carik nanti.

Alhamdullilah dari zaman mak-mak dan kakak-kakak kita pakai tudung.. Tudung sekarang lebih labuh. Kesedaran melabuhkan tudung dah mula terbit. Pada Haku fesyen-fesyen jugak tapi biar la mengikut syariat.
Satu lagi tudung yang sangat jarang Haku pakai... Kalau pakai pon bila terpaksa kemana-mana dengan kadar segera. Capai trus sauk kat kepala. Tu pon pakai bila terdesak jer... Selalunya Haku lebih suka guna pashmina.

Iaitu tudung awning.... Haku tak berkenan sebab labuhnya ngam-ngam paras tetek.. angin tiup terangkat dah nampak. Pastu jenis kain lyra... Kain ni menikut badan. Jenis kain yang jatuh. So bila pakai tu molek jer dia ngikut lekuk-lekuk tetek. Takmo tak suka. Plus any tudung yang menutup mengepung dahi dan tepi mata Haku tak berkenan. Tersekat pemandangan.
Kat umah tudung awning ni ada 2-3 helai jer... Semua kaler hitam sebab bila terdesak senang nak match ngan baju.

Jadi nak menambahkan kreatif memakai tudung Haku pon search la kat google... Contoh tudung yang Haku carik selalunya Wardina dan Heliza Helmi.
Suka tengok cara depa berdua ni pakai tudung...
Puas mengodek google jumpa la few yang sangat cantik pada pandangan Haku.


Haku pilih yang ni maybe untuk ke majlis-majlis atau attend kenduri kawen kot. Tu pon kalau majlis tu berairkon... Kalu kat tengah laman memang Haku tak pakai gaya gini.


Sesuai ke tempat keje... Tak banyak beza dengan cara Haku pakai sekarang... Untuk majlis rasmi sangat sesuai... Kemas.


Untuk bersosial.. Ringkas more relek... Takyah susah-susah nak pin sana sini.


Pakai macam ni kalau masuk acara sukan neka sekolah atau pergi ke majlis yang orang-orang felda anjurkan. Sangat sesuai.
Tapi kalau klua ke shopping komplek atau tengok wayang pakai gaya gini sila tabahkan hati muhahhahaa..

Haaaa...haaaaa....haaa Haku ngantuk....

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bawal mmg I dah say "no" skrg ni.. bukan apa, muka I jd lebih cengkung, pastu dahi mesti terkelepet bila pakai sejak tua2 ni... padahal dulu zmn sekolah, pakai tudung 4 segi pun ramai gak org ngorat... Muahaha...

*pilihan I, terpaksa yg berawning gak.. sbb itu je yg sesuai ngan bentuk muka.

fadillah abdul basir said...

salam kenal...I follow...

terbakor said...

lawa betul gambar heliza tu.. :p

romzi said...

Tudung si heliza tue cun, kena dengan warna baju & make up...tapi tudung yang No 3 tue macam orang baru mati laki je ku tengok...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...