Tuesday, October 09, 2012

Kesan Buruk Mandi Malam

Selalu kita dengar mak-mak kita termasuk suami hehehehhe marah kalau mandi malam.
Selagi mata tak jemput tidur selagi tu tak mandikan..Ini habit yang Haku selalu buat dan dah jadi rutin tokleh tukar. Jangan harap Haku nak mandi sebelum maghrib..takde istilah awal bagi Haku. Sebab tu masa dalam pantang Haku stress sebab tak dapat mandi malam.

picture from google

Disebabkan tabiat yang dikatakan buruk ni makanya Haku pon search la kat google pendapat pakar dan orang ramai. Tujuannya kalau betol tak elok harus la Haku tukar habit yang satu ni.
Search punyer search jawapannya.... Mandi malam itu bagus...YES! Mandi itu itself adalah bagus untuk badan.

Mungkin zaman dulu..ya! duluuuu cuaca kita masih sejuk. Takde istilah global warming ni. Memang tak sesuai mandi malam. Ikut logik akal la..kalau kita pegi cameron Highland tergamakkah kita nak mandi memalam harus la tak, mau bersepai gigi berlaga atas bawah kesejukkan.
Disebabkan itu nenek moyang kita dulu melarang mandi malam ni.
Zaman sekarang cuaca panas..bayangkan sebelum maghrib kita dah mandi siap-siap, by the time nak tido pukol 10 jawabnya berlengas la badan. Nak tido pon dah tak selesa.

Satu lagi zaman dulu punca bekalan air selalunya dari perigi dan sungai.. mampokah nak klua malam-malam pegi mandi sensorang kat perigi atau sungai? Banyak yang menego nanti....

"Mandi ke? Nak join boleh?" masak dah jadi kes lain.

Sebab tu gamaknya zaman dulu tak digalakkan mandi malam ni. Dengan kemudahan dan cuaca memang tak menggalakkan. Jadinya budaya ni menjadi turun temurun sampai la generasi sekarang yang memang tokleh pakai dah amaran tu.

Tapi! sebaliknya kalau uolls ada penyakit pneumonia dan tinggal kat negara yang beriklim sejuk..sila jangan buat perangai gini.
Kalau dah tinggal negara sejuk setitik peluh pon segan nak klua jangan risau la badan berlengas..takkan ada punyer la. Mandi sekali sehari pon buat syarat supaya badan tak hamis.

Dari itu gumbira la hati Haku segala kesan buruk yang dikatakan sebelom ni hanyalah mitos. Bole la mandi malam dengan senang hati tanpa perasaan takut penyakit tu prnyakit ni.
Pasni kalau sesiapa cakap mandi malam tak bagus bermakna uolls tak baca hentry Haku muuhahaha takde kena mengena.

Sekian

By Midnight Blogger

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Eh! Baru jumpa pun kotak komen.. tadi carik2 tak jumpa.. Sah ni!. Kena makan jap dgn "penunggu perigi"..

Boleh eh mandi malam?. Yeyyyy!!!. Tu la I pun pelik gak.. my MIL rajin mandi malam tp I tengok dia alhamdulillah sihat je, cergas lg ada... even dah 60an.

Mira Adzlia said...

jd, xde mslh la klu mndi mlm ek??hihi

Miz Sitti said...

alhamdulillah..sitti pun suka mandi malam..sekrang dengan cuaca yang tak menentu memang memerlukan tahap kebersihan yang tinggi..sebenarnya mandi malam ni bole hanya untuk orang dewasa saja bukan BUDAK KECIK yer..apa pun TQ 4 da info..

Ogy Nordin said...

MM...Penunggu perigi!! eeii seremm.. Boleh sebab cuaca kita panas.

Mira Adzlia... Bole janji takde penyakit radang peparu atau asma..

Miz Sitti...Panaskan..mandi awal2 berlengas la badan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...