Thursday, June 06, 2013

Topeng Hukuman Wanita Yang Kuat Membebel Pada Kurun ke-16

Sapa pasni sanggup nak membebel lagi? Agaknya kalau hukuman ni masih wujud pada zaman ni... Haku la salah sorang yang wajib pakai....wawawaaa kejam!.


Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Scold's Bridle digunakan di United Kingdombagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan Scold's Bridle mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland. Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut. Kehadiran plat berduri ini menghalang pesalah yang dihukum dari bercakap dan makan. Bahagian kedua pula mengunci plat berduri ke kepala pesalah. Scold's Bridle juga dikatakan digunakan ke atas wanita yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Kali terakhir alat ini digunakan ialah pada tahun 1856 di Lancashire England

Sumber forum Cari


Sekian


By Midnight Blogger

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...